Tuesday, December 31, 2024
Program sepanjang tahun
()Program Agama di Surau Al Mutaqqin, RTK Pak Mahat.()
1. Kuliah Maghrib:
Peristiwa akhir zaman, setiap malam selasa
Oleh Ustaz Azuan
2. Kuliah Maghrib:
Mengenal Allah, setiap malam Khamis
Oleh Ustaz Zahari.
3. Kelas Al Quran,
Selepas Maghrib setiap Malam Rabu, untuk anak-anak remaja Pak Mahat
Malam isnin dan selasa setiap Minggu ke dua dan ketiga
oleh ustaz Ishak
4. Kuliah Subuh, kelebihan Amal
Setiap pagi Sabtu.
Oleh Doktor Hamid
5. Kuliah Maghrib, Iman dan Amal
Oleh Jemaah Tabligh
Setiap malam isnin
6. Tahlil Perdana setiap khamis minggu pertama bersama bacaan Yasin.
7. Bacaan Hadis: Setiap hari selepas Subuh.
8. Mesyuarat Dakwah: Setiap hari selepas Subuh.
9. Jamuan Tahlil setiap Malam khamis (Dana Surau)
10. Jamuan ringan setiap Malam selasa (sumbangan khas)
11. Program Ziarah Silaturahim, setiap petang isnin jam 6 pm
12.Kuliah Maghrib, Tafsir Al Quran
Setiap malam Jumaat minggu pertama dan kedua
Oleh Ustaz Ishak
Untuk makluman, jika berlaku kematian, Tahlil akan di adakan di Surau tanpa perlu wajib jamuan makan, sıla maklum kepada AJK Surau.
Akan datang 2025, kelas mengaji untuk golongan dewasa( sıla hubungi En Azmarudin jika berminat)
()Ayuh beramai ramai makmurkan Rumah Allah.()
Monday, December 30, 2024
Aktivti sepanjang 2024
Antara aktiviti 2024 KRT/Surau Pak Mahat
1. Gotong Royong Keceriaan Surau (6 Jan 2024)
2. Gotong Royong Bilik Imam pada 29/02/2024
3. Jamuan Makan Sambutan Kedatangan Imam Dari Seberang (09/03/2024)
4. Pemasangan Penghawa Dingin di Surau-27/03/2024
5. Majlis Iftar Surau Al Muttaqin 2024 (28/03/2024 )
6. Tebang Pokok Reput (21/07/2024)
7. Program Bubur Asyura (30/07/2024)
8. Pertandingan Azan Remaja dan kanak kanak (21/08/2024)
9. Pertandingan Memasak Pulut Kuning Semangat Merdeka (21/08/2024)
10. Sambutan Maulidul Rasul (15 Sept 2024)
11. Lawatan ke Kuala Terengganu pada 28/09/2024
12. Gotong Royong upgrade Dapur Jiranita 26/11/2024
13. Ziarah Penduduk Yang Sakit 01/12/2024
Monday, October 21, 2024
Saturday, September 28, 2024
Friday, September 6, 2024
AJK Surau lantik pada 7 Sept 2024
MINIT MESYUARAT SURAU RTK KG PAK MAHAT (S-KTN 212) BIL. 1/2024
Tarikh: 7/9/2024 - Sabtu
Masa: 9:00 malam
Tempat: Surau KRT Kg Pak Mahat
KEHADIRAN:
BIL. NAMA(JAWATAN)
1. Tn.Haji Dr. Hamid bin Ghazali (Pengerusi)
2. Borhanuddin b Hj Aziz (Setiausaha)
3. Mohd Fadzly b Yusof (Bendahari)
4. Azmarudin Abdullah
5. Mat Yusof b Che Sin
6. Mohd Fitri b Othman
7. Mohamad Saufi b Rosely
8. Wanrahimi
9. Mohd.
10. Ahmad Shahrul
11. Mohd Zakaria b Muhamad Sahidin
12. Asrul Afandi b Mohamad Talah
13. Tn.Haji Wan Hasni Shah b Wan Hassan
14. Ruslimi b Abdullah
15. Ahmad Affendi b Nasim
16. Zainuddin b Mad Noor
17. Hj. Ab. Alim b Abdullah
18. Aman b Mamat
19. Mohd. Osmadi b Omar
20. Muhammad Hamka b Embong (Pen. Setiausaha)
21. Muhammad Haikal b Muhamad Hamka
22. Muhammad Adha b Muhammad Hamka
23. Zulkifli Taif
24. Zulfa Wan
25. Mahayuddin b Abd Rahman
26. Hamdan Ramli
27. Awang b Muda
28. Aziz Ismail
29. Maimon
30. K. Noni
31. Ani
32. Byna
33. Kak Ani
34. Kak Ani Fendi
35. Kak Yah
36. Haniza
37. Kak Su
38. Farah
39. Shairul Effeandy
40. Faisal
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan dan mengalu-alukan kehadiran ke mesyuarat pada petang ini.
1.2 Pengerusi menjelaskan dengan menitikberatkan adab dalam bermesyuarat. Beliau mengharapkan agar mesyuarat berjalan lancar.
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1/2022
Minit Mesyuarat .....Bil. 1/2022 disahkan tanpa pindaan /dengan pindaan
Pencadang: En. Osmadi b Omar
Penyokong: Hj Muhammad Hamka b Embong
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Para 5.1; Bil.1/2022: Pembentangan tentang kursus Pengurusan Jenazah
Tindakan: Akan diteruskan oleh ahli jawatankuasa yang baru.
3.2 Para 7.1; Bil.1/2022: Surat Penubuhan Surau dan No. Rujukan Surau. S/Kuantan 212.
4.0 PERBINCANGAN / PERKARA BAHARU YANG DIBINCANGKAN
4.1 Lantikan Ahlli Jawatankuasa Surau Al-Muttaqqin Sesi 2024/2025
Pengerusi: Tn.Haji Dr Hamid bin Ghazali
Naib Pengerusi: En. Mohd Osmadi b Omar
Setiausaha: Hj Muhammad Hamka b Embong
Naib Setiausaha: Azmaruddin Abdullah
Bendahari: En. Fadzly bin Yusof
Naib Bendahari: Hj Wan
AJK
Imam 1: Dr Hamid b Ghazali
Bilal 1: En. Aziz bin Ismail
Bilal 2: En. Mohd Hatta
Bilal 3 En. Azmaruddin
Siak 1 En. Awang bin Muda
Siak 2: En. Embi bin Wan
Biro AJK:
1) Awang
2) Hj Din
3) Pok Su
4) Cikgu Bob
5) Kak Noni
Juru Audit:
1) En. Osmadi
2) En. Shaari
4.2 Laporan Kewangan
Pembentangan kewangan oleh En. Fadzly sebagai Bendahari dan memaklumkan baki sebanyak RM8331 pada tahun 2022. Baki semasa ditangan beliau adalah sebanyak RM6062.60 pada 13/7/2024.
Komitmen bulanan Surau Al-Muttaqin ialah RM700. Kutipan surau sebanyak RM500. Elaun ceramah pula RM700 setiap bulan - Penyata kewangan akan diaudit oleh En. Osmadi b Omar
5.0 PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN (Jika ada)
5.1.0 Tajuk : Cadangan kewangan oleh Tn.Haji Wan Hasni b Wan Hassan.
- Saluran kewangan surau mesti ke debit dan kredit setiap wang yang masuk dan keluar dari sumbangan atau derma.
5.1.1 Sebarang kutipan yang masuk perlu debitkan ke akaun surau.
- Sumbangan hanya akan disalurkan terus kepada orang tersebut (respon dari En. Mohd Fadzly b Yusof).
5.1.2 Setiap kutipan bulanan akan ditulis di papan kenyataan kemudian dipamerkan.
- Catatkan di tempat tertentu untuk bimbang perkara yang diketahui oleh orang yang berniat jahat (respon dari Tn.Hj Dr. Hamid b Hj Ghazali).
5.1.3 En. Osmadi b Omar mencadangkan kewangan disahkan oleh pindaan kemudian disokong oleh Tn.Hj Wan Hasni b Wan Hassan.
6.0 HAL-HAL LAIN
(Perkara baharu yang tidak termasuk dalam agenda asal mesyuarat)
6.1 Mesyuarat Agung dijalankan secara tahunan manakala Pemilihan Jawatankuasa surau yang baru akan dijalankan secara dwitahunan.
6.2 Pengisytiharan pembubaran untuk Jawatankuasa Surau sesu 2022/2023 oleh En. Borhanuddin b Hj Aziz.
7.0 PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 malam dengan ucapan terima kasih oleh Pengerusi Mesyuarat.
Disediakan oleh:
...........................
Setiausaha
Hj Muhammad Hamka b Embong
Disemak oleh:
...........................
Pengerusi
Tn. Hj Dr. Hamid b Hj Ghazali
Wednesday, August 21, 2024
Saturday, April 20, 2024
Saturday, March 30, 2024
Raya
📢 HEBAHAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Surau Al-Mutaqqin Pak Mahat dengan sukacitanya menjemp...
-
🌿 PROGRAM AGAMA DI SURAU AL-MUTTAQIN, RTK PAK MAHAT 🌿 Dengan rendah hati dan penuh harapan, kami menjemput seluruh jemaah untuk sama-sama...





.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)