Thursday, December 4, 2025

Alhamdulillah, KRT Pak Mahat 100 peratus markah bagi 2025

 Aktiviti KRT yang sempat saya videokan.

Pertandingan Bendera 2025

https://youtu.be/54IOfnuAcAA?si=fF8owKyESY-8vlzY

Pertandingan Memasak 2025

https://youtu.be/RQS_OZiwfUQ?si=uHeFYtzz1gatvout

Pertandingan Azan 2024

https://youtu.be/HK3pqj-XGF8?si=XEyzO15n5CYJs7RW

Lawatan ke Terengganu

https://youtu.be/pJ1IO6blU0M?si=x-pjSuq5xc79Ah8r

Pertandingan Memasak 2024

https://youtu.be/cEJpuLdMOD0?si=ukT0G7v-ZxAPwZc1

Lain lain aktiviti:

https://suraurtk.blogspot.com/

Thursday, November 27, 2025

Alhamdulillah, Mihrab telah siap, Surau berwajah baru





 

Jadual terkini update NOV 2025

 🕌 Jadual Program Surau Al-Muttaqin, RTK Pak Mahat (2025)



JUMAAT

📖 Tafsir Al-Quran

🕕 Malam Jumaat (Minggu Pertama & Kedua)

👤 Ustaz Ishak



SABTU

☀️ Kuliah Subuh – Kelebihan Amal

🕕 Pagi Sabtu

👤 Dr. Hamid



AHAD

☀️ Kuliah Subuh – Asas Ibadat

🕕 Pagi Ahad (Minggu Pertama dan ketiga)

👤 Ustaz Azuan



ISNIN

📖 Kuliah Maghrib – Iman & Amal

🕕 Malam Isnin

👤 Jemaah Tabligh

📚 Kelas Al-Quran (Anak Remaja)

🕕 Malam Isnin (Minggu Kedua & Ketiga)

👤 Ustaz Ishak

🚶‍♂️ Program Ziarah Silaturahim

🕕 Petang Isnin, 6.00 ptg



SELASA

📖 Kuliah Maghrib – Peristiwa Akhir Zaman

🕕 Malam Selasa

👤 Ustaz Azuan

📚 Kelas Al-Quran (Anak Remaja)

🕕 Malam Selasa (Minggu Kedua & Ketiga)

👤 Ustaz Ishak

🍵 Jamuan Ringan Mingguan

🕕 Malam Selasa (Sumbangan ahli jemaah)

🚶‍♂️ Program Ziarah Silaturahim (2 Surau Jiran)

🕕 Petang Selasa, 6.00 ptg



RABU

📚 Kelas Al-Quran (Anak Remaja)

🕕 Malam Rabu selepas Maghrib

👤 Ustaz Ishak



KHAMIS

📖 Kuliah Maghrib – Mengenal Allah

🕕 Malam Khamis

👤 Ustaz Zahari

🕯️ Majlis Tahlil & Yasin

1. Tahlil Perdana & Bacaan Yasin – Malam Khamis Minggu Pertama

2. Jamuan Tahlil – Setiap Malam Khamis (Sumbangan Dana Surau)



SETIAP MALAM

📖 Bacaan Surah Al-Mulk

🕕 Selepas Solat Isyak (Setiap Malam)

👥 Bersama Jemaah Surau



PROGRAM HARIAN

🌸 Bacaan Hadis & Mesyuarat Dakwah

📅 Setiap pagi selepas Subuh

📌 Bacaan Hadis Fadhail Amal

📌 Mesyuarat Dakwah



MAKLUMAN KHAS


⚰️ Jika berlaku kematian di kawasan RTK Pak Mahat:

Majlis Tahlil akan diadakan di Surau Al-Muttaqin.

Tidak diwajibkan jamuan makan.

Mohon waris maklumkan kepada AJK Surau.



✨ Seruan Ihsan


“Ayuh, kita makmurkan Rumah Allah…

Hadir dengan hati yang ikhlas, semoga setiap langkah diberkati dan setiap majlis menjadi sebab turunnya rahmat dan maghfirah Allah.”


📿 *~ Surau Al-Muttaqin RTK Pak Mahat ~*

Thursday, November 20, 2025

Pengerusi selamat pulang dari Khuruj 2 bulan-Alhdulillah

Asalamualaikum, InsyaAlalh esok pagi Kuliah Subuh di sampaikan oleh Dr Hamid mengimbau pengalaman  berdakwah di jalan Allah di Australia. Semua jemaah dijemput hadir


 

Friday, November 7, 2025

Gotong Royong 8 Nov

 

🕌 HEBAHAN GOTONG-ROYONG SURAU AL-MUTTAQIN, KRT PAK MAHAT

Assalamualaikum wbt 🌿
Semua jemaah dijemput hadir ke program Gotong-Royong Perdana di surau kita tercinta!

📅 Tarikh: Sabtu, 8 November 2025
🕣 Masa: 8.45 pagi
📍 Tempat: Surau Al-Muttaqin, KRT Pak Mahat
☕ Sarapan ringan disediakan

Jom kita sama-sama meriahkan program ini demi kebersihan dan ukhuwah sesama jemaah 💪

“Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman.”







Thursday, October 16, 2025

Projek Mihrab baru

 Dilampirkan cadangan Mihrab, kos dalam 10K



DERMA PEMBINAAN MIHRAB SURAU AL-MUTTAQIN, KRT PAK MAHAT

Dengan penuh rendah hati, pihak Surau Al-Muttaqin mempelawa seluruh ahli kariah dan umat Islam yang budiman untuk berinfaq bagi pembinaan mihrab dan mimbar baharu.

Semoga kebaikan amal jariah terus mengalir pahalanya — selagi mana azan bergema, di rumah Allah ini.

📆 Tempoh Kutipan:
18 Oktober hingga 31 Oktober 2025

🏦 Akaun Derma Surau Al-Muttaqin:
Maybank – 556011019179

(SURAU AL MUTTAQIN KRT PAK MAHAT)

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:
📞 AJK Surau Al-Muttaqin, KRT Pak Mahat


Thursday, October 9, 2025

Bersih karpet surau


 Laporan mesyuarat:


1.Pok Mat depan rumah Penghulu jatuh motor, doakan cepat sembuh dan boleh ziarah(semua)


2.Kulian subuh Ahad dua kali sebulan, M1 dan M3-(en Osmadi dan Haji Wan)


3.Abang Mi cadang kuliah ilmu Tasauf (tok penghulu)


4.Basuh karpet hari sabtu depan (Awang dan Haji Wan)

Saturday, October 4, 2025

Mesyuarat 5 Oct

Laporan mesyuarat:


Pagi ahad 5 OCT:


1.Kuliah Subuh

2.Sarapan

3.Gotong royong


xxx


Tazkirah: Kisah Tawanan Badar & Adab Bermesyuarat


Pembukaan


Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin, wassalatu wassalamu ‘ala Sayyidina Muhammad, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.

Hadirin yang dirahmati Allah, mari kita hayati satu kisah besar yang berlaku selepas Perang Badar – kisah bagaimana Nabi ﷺ bermesyuarat dengan para sahabat tentang nasib tawanan Quraisy.



Kisah Tawanan Badar


Selepas Badar, lebih 70 orang musyrikin Quraisy ditawan. Rasulullah ﷺ mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat.

Umar al-Khattab r.a. mencadangkan:

“Ya Rasulullah, bunuhlah mereka! Mereka musuh Allah. Biar setiap orang Islam membunuh kerabatnya sendiri agar jelas tiada lagi kasih sayang dengan orang kafir.”

Abu Bakar as-Siddiq r.a. pula berkata:

“Ya Rasulullah, ambillah tebusan daripada mereka, atau lepaskan mereka. Mereka juga keluarga kita. Mudah-mudahan Allah beri hidayah kepada mereka.”


Nabi ﷺ memilih cadangan Abu Bakar – iaitu bebaskan tawanan dengan tebusan harta atau khidmat, seperti mengajar anak-anak Muslim membaca dan menulis.


Tetapi kemudian Allah menurunkan ayat dalam Surah al-Anfal ayat 67–68, menegur keputusan itu, bahawa lebih utama ketika itu adalah ketegasan seperti pandangan Umar.



Rasulullah & Abu Bakar Menangis


Riwayat menyebut, apabila ayat ini turun, Rasulullah ﷺ dan Abu Bakar menangis. Umar bertanya:

“Kenapa kamu berdua menangis?”


Rasulullah ﷺ menjawab:

“Kami menangisi tawanan kerana pilihan kita, kerana Allah telah menegur keputusan itu.”


Mereka menangis kerana takut pada Allah, walaupun ijtihad mereka asalnya lahir dari niat yang ikhlas.



Pengajaran

1. Mesyuarat adalah sunnah Nabi – keputusan tidak dibuat seorang diri, bahkan Rasulullah ﷺ melibatkan sahabat-sahabat besar.

2. Berbeza pandangan bukan dosa – Abu Bakar lembut, Umar tegas. Kedua-duanya benar dari sudut niat, tetapi wahyu yang menyempurnakan.

3. Jika cadangan diterima, beristighfar – kerana bimbang pandangan kita belum tentu yang terbaik di sisi Allah.

4. Jika cadangan ditolak, ucapkan Alhamdulillah – kerana kita sudah menunaikan hak bermesyuarat, dan Allah boleh beri pahala pada niat, bukan hanya keputusan.

5. Pemimpin yang ikhlas sanggup menangis bila ditegur Allah – inilah sifat Nabi ﷺ dan Abu Bakar r.a.



Penutup


Hadirin sekalian, marilah kita ambil iktibar. Dalam keluarga, organisasi, atau masyarakat, bila bermesyuarat:

Berilah cadangan dengan ikhlas kerana Allah.

Jangan kecewa bila cadangan ditolak, dan jangan bangga bila diterima.

Sentiasa bertasbih, beristighfar, dan serahkan keputusan akhir kepada Allah.


Moga kita termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat, sebagaimana Allah berfirman:

“…dan urusan mereka diputuskan dengan musyawarah di antara mereka…” (Asy-Syura: 38)


Wallahu a‘lam.







Sunday, September 14, 2025

Ziarah Pak Mat

Salam utk makluman jemaah semua, ni jemaah surau kita, Pak Mat (Rumah Kuning Sblh surau) kemalangan pd Jumaat 10/10 aritu


Wednesday, September 10, 2025

SU Pergi Umrah, doakan semua selamat

 Mintak maaf belaka yer, yang pergi belum tentu pulang kembali, yang pulang belum tentu ada menanti, semoga kita semua bersatu di syurga abad



Monday, September 8, 2025

Pertandingan Memasak peringkat KRT Pak Mahat untuk kaum ibu dan Jiran Wanita

 https://youtu.be/RQS_OZiwfUQ?si=r48q-FQQEwugOzZl





Update terkini: 


Pertandingan Memasak peringkat KRT Pak Mahat untuk kaum ibu dan Jiran Wanita


Tema: Pulut Kuning Semangat Merdeka

Tarikh: 9 sept 2025 (Maulidul Rasul)

Lokasi: Surau RTK

Masa: Selepas Isyak


Pertandingan ini terbuka kepada semua Ibu ibu dan anak anak perempuan, dengan jumlah maksimum enam kumpulan, tiga orang satu group, ibu dan anak atau adik beradik wanita boleh sertai.


Pulut kuning dan rendang akan di masak secara gotong royong di surau oleh jiran wanita 


Setiap kumpulan akan gubah dua  kilo (2kg).


Setiap kumpulan diberi RM50 untuk kos gubahan, 


Sila isi nama peserta sebelum 7hb sept 2025


Kumpulan 1

1. Makcik maimon

2.Kakdah pokbee

3.ustzh Fatma


Kumpulan 2

1.Kaknoni

2.Kakyah hj Alim

3.Byna


Kumpulan 3

1.Kak ani fendi

2.Moklong Ani

3.Kak ha


Kumpulan 4

1.

2.

3.


Kumpulan 5

1.

2.

3.


Kumpulan 6

1.

2.

3.


Ayuh, dan raikan kemerdekaan bersama-sama KRT pak Mahat!


Ps: Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Encik Osmadi (bendahari) di talian yang tertera. +60 17 985 5911 atau En Hamka (Setiausaha) 0199117163


xx


Update terkini: Penyertaan telah ditutup, 


Pertandingan Memasak peringkat KRT Pak Mahat untuk kaum ibu dan Jiran Wanita


Kumpulan 1

1. Makcik maimon

2.Kakdah pokbee

3.Mokteh Mpk


Kumpulan 2

1.Kaknoni

2.Kakyah hj Alim

3.Byna


Kumpulan 3

1.Kak ani fendi

2.Moklong Ani

3.Kak ha


Kumpulan 4

1.Zaiton

2.Ema

3.Tiqah


Tema: Pulut Kuning Semangat Merdeka

Tarikh: 9 sept 2025 (Maulidul Rasul)

Lokasi: Surau RTK

Masa: Selepas Isyak


Ps: Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Encik Osmadi (bendahari) di talian yang tertera. +60 17 985 5911

Saturday, September 6, 2025

Contoh surat Jemputan

 


Rujukan Kami: KRTRTK: 090925


KELAB RUKUN TETANGGA KAMPUNG PAK MAHAT,
PINGGIRAN PUTRA
26060 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Tarikh: 06/09/2025

PUAN MASS DARLINA BINTI KASSIM
Penolong Pegawai Perpaduan Kanan
Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuantan
Kompleks Perpaduan Daerah Kuantan
Lorong Permatang Badak Baru 7
RRM Permatang Badak,
25150 Kuantan, Pahang


Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI JURI – PERTANDINGAN MEMASAK PULUT KUNING SEMANGAT KEBANGSAAN 2025



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa KRT Kampung Pak Mahat dengan kerjasama Surau Al-Muttaqin dan kejiranan Pinggiran Putra akan menganjurkan Pertandingan Memasak Pulut Kuning Semangat Kebangsaan sebagai salah satu usaha memupuk semangat perpaduan, kekeluargaan dan kebersamaan masyarakat setempat.

3. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur dengan penuh takzim ingin menjemput Tuan/Puan untuk hadir sebagai Juri bagi pertandingan tersebut. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : Selasa, 9 September 2025 (bersamaan Maulidul Rasul)
Masa   : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Al-Muttaqin, Kampung Pak Mahat, Kuantan

4. Semoga dengan kehadiran Puan sebagai juri dapat menyemarakkan lagi semangat kebersamaan, serta memberi inspirasi kepada semua peserta pertandingan.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,
 (Ts MUHAMMAD HAMKA BIN EMBONG)
Setiausaha
KRT Kampung Pak Mahat
Pinggiran Putra
Kempadang, Kuantan

Logo Baru KRT

 

"Di tengah logo itu terpapar lima figura manusia berganding bahu, melambangkan kepelbagaian kaum di Malaysia yang hidup dalam suasana muafakat. Figura ini dibentuk daripada garisan putih yang bersambung, melambangkan jiwa murni, ketelusan, saling mempercayai serta kesatuan dalam kepelbagaian.

"Warna merah pula menggambarkan semangat jati diri yang tidak pernah luntur, mencerminkan semangat rakyat Malaysia dalam mempertahankan keamanan dan keharmonian negara,"

Saturday, August 30, 2025

Kibar Bendera!

 📢 Pertandingan Hias Bendera di kejiranan KRT Kampung Pak Mahat

https://youtu.be/54IOfnuAcAA?si=ZJdgxOEBtzTn7HDd

🇲🇾 Ayuh sambut Merdeka dengan semangat  Jalur Gemilang 🇲🇾


Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, pihak KRT dan surau Al Mutaqin  menjemput semua penduduk Kampung Pak Mahat menyertai:


✨ Pertandingan Hias Bendera Merdeka ✨


📍 Lokasi: Kawasan rumah masing-masing

🗓️ Tarikh Penilaian Juri: 31 Ogos 2025

🏆 Majlis Penyampaian Hadiah: 4 September 2025


Cara Penyertaan:

1. Hias rumah atau halaman dengan bendera dan hiasan bertema Merdeka. Dan Juri akan hadir menilai pada 31 Ogos.


🎁 Hadiah menarik menanti pemenang!


Mari kita semarakkan semangat MERDEKA di Kampung Pak Mahat dengan penuh warna-warni!


Nama peserta dan alamat (terbuka kepada semua)


1. Sarjan Wahid, lorong 3/24

   2. hatta, lorong 3/4

   3. Farish, no 26 lrg 4/39

  4. Wan Zul, no 28 lrg 4/99

  5. Abang Mi, lorong 4/100







Wednesday, August 13, 2025

Program Agama di Surau PAK MAHAT 2025

 🌿 PROGRAM AGAMA DI SURAU AL-MUTTAQIN, RTK PAK MAHAT 🌿



Dengan rendah hati dan penuh harapan, kami menjemput seluruh jemaah untuk sama-sama memakmurkan rumah Allah. Berikut adalah susunan program ilmu dan amal di Surau Al-Muttaqin:



📖 Kuliah Maghrib Mingguan

1. Peristiwa Akhir Zaman

📅 Setiap malam Selasa

👤 Oleh: Ustaz Azuan


2. Mengenal Allah

📅 Setiap malam Khamis

👤 Oleh: Ustaz Zahari



3. Iman dan Amal

📅 Setiap malam Isnin

👤 Oleh: Jemaah Tabligh


4. Tafsir Al-Quran

📅 Malam Jumaat (Minggu Pertama & Kedua)

👤 Oleh: Ustaz Ishak



📚 Kelas Al-Quran (Untuk Anak-Anak Remaja Pak Mahat)

📅 Setiap malam Rabu selepas Maghrib

📅 Malam Isnin dan Selasa (Minggu Kedua & Ketiga)

👤 Oleh: Ustaz Ishak




☀️ Kuliah Subuh


Kelebihan Amal

📅 Setiap pagi Sabtu

👤 Oleh: Dr. Hamid



🕯️ Majlis Tahlil & Yasin

1. Tahlil Perdana & Bacaan Yasin

📅 Setiap Khamis, Minggu Pertama


2. Jamuan Tahlil

📅 Setiap malam Khamis

(Sumbangan melalui Dana Surau)



🌸 Bacaan Hadis & Mesyuarat Dakwah

📅 Setiap pagi selepas Subuh

📌 Bacaan Hadis Fadhail Amal

📌 Mesyuarat Dakwah



🍵 Jamuan Ringan


Jamuan Ringan Mingguan

📅 Setiap malam Selasa

(Sumbangan khas dari ahli jemaah)



🚶‍♂️ Program Ziarah Silaturahim


📅 Setiap petang Isnin

🕕 Jam 6.00 petang



⚰️ Makluman Jika Berlaku Kematian


Untuk makluman, jika berlaku kematian di kawasan RTK Pak Mahat, Majlis Tahlil akan diadakan di Surau Al-Muttaqin.

➡️ Tidak diwajibkan jamuan makan

➡️ Mohon waris maklumkan kepada pihak AJK Surau.



✨ “Ayuh, kita makmurkan Rumah Allah… Hadir dengan hati yang ikhlas, semoga setiap langkah diberkati dan setiap majlis menjadi sebab turunnya rahmat dan maghfirah Allah.”


📿 *~ Surau Al-Muttaqin RTK Pak Mahat ~*

Saturday, August 2, 2025

Jom ziarah Pak Su

 





Futsal Remaja anjuran surau pak mahat dan KRT Pak Mahat

Alhamdullilah sudah selesai Kejohanan Futsal Remaja anjuran surau Al Muttaqin dgn kerjasama KRT Pinggiran Putra 3..

Tahniah kepada semua pemenang..dan yang tidak berjaya in sha Allah ..cuba lagi..

Terima kasih kepada semua yang telah membantu samada secara langsung atau tidak langsung..

📢 Senarai Rasmi Pasukan Kejohanan Sekolah Menengah

🏆 Kategori: Sekolah Menengah (Bola Sepak/Futsal)



🔴 Kumpulan A

1. Lokal FT - Aman Plus

2. Blue Warrior-KRT P/Mahat

3. CM-115 FC-astaka village


🔵 Kumpulan B

1. Black FC

2. Phoenix FC

3. KS FC-KRT Kemapadang Sejahtera

4. Rangers FC


🟢 Kumpulan C

1. Mix Team=KRT Pok Mahat 

2. Cute Boy FC

3. Atomen Boy=KRT Kempadang makmur 

4. FD United - KRT Kempadang Makmur


📢 Senarai Rasmi Pasukan Kejohanan Sekolah Rendah

🏆 Kategori: Sekolah Rendah (Bola Sepak/Futsal)

📍 (Masukkan lokasi jika perlu)

📅 (Masukkan tarikh jika ada)



🔴 Kumpulan A

1. KS FC (B)- KRT Kempadang Sejahtera

2. Brumbis-Sk kempadang

3. Aman Plus JR- KRT Kempadang Sejahtera


🔵 Kumpulan B

1. Mutaqin JR-KRT Pak Mahat

2. Aspen JR-KRT Aspen.

3. KS FC (A) kRT kempadang sejahtera


🟢 Kumpulan C

1. Fawwaz Fighter- Permatang Gaharu

2. Sukan FC-permatang gaharu

3. Lajak FC - krt kempadang

4. Staps Warrior - Aman Plus












































Raya

 📢 HEBAHAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Surau Al-Mutaqqin Pak Mahat dengan sukacitanya menjemp...