Sunday, September 14, 2025

Ziarah Pak Mat

Salam utk makluman jemaah semua, ni jemaah surau kita, Pak Mat (Rumah Kuning Sblh surau) kemalangan pd Jumaat 10/10 aritu


Wednesday, September 10, 2025

SU Pergi Umrah, doakan semua selamat

 Mintak maaf belaka yer, yang pergi belum tentu pulang kembali, yang pulang belum tentu ada menanti, semoga kita semua bersatu di syurga abad



Monday, September 8, 2025

Pertandingan Memasak peringkat KRT Pak Mahat untuk kaum ibu dan Jiran Wanita

 https://youtu.be/RQS_OZiwfUQ?si=r48q-FQQEwugOzZl





Update terkini: 


Pertandingan Memasak peringkat KRT Pak Mahat untuk kaum ibu dan Jiran Wanita


Tema: Pulut Kuning Semangat Merdeka

Tarikh: 9 sept 2025 (Maulidul Rasul)

Lokasi: Surau RTK

Masa: Selepas Isyak


Pertandingan ini terbuka kepada semua Ibu ibu dan anak anak perempuan, dengan jumlah maksimum enam kumpulan, tiga orang satu group, ibu dan anak atau adik beradik wanita boleh sertai.


Pulut kuning dan rendang akan di masak secara gotong royong di surau oleh jiran wanita 


Setiap kumpulan akan gubah dua  kilo (2kg).


Setiap kumpulan diberi RM50 untuk kos gubahan, 


Sila isi nama peserta sebelum 7hb sept 2025


Kumpulan 1

1. Makcik maimon

2.Kakdah pokbee

3.ustzh Fatma


Kumpulan 2

1.Kaknoni

2.Kakyah hj Alim

3.Byna


Kumpulan 3

1.Kak ani fendi

2.Moklong Ani

3.Kak ha


Kumpulan 4

1.

2.

3.


Kumpulan 5

1.

2.

3.


Kumpulan 6

1.

2.

3.


Ayuh, dan raikan kemerdekaan bersama-sama KRT pak Mahat!


Ps: Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Encik Osmadi (bendahari) di talian yang tertera. +60 17 985 5911 atau En Hamka (Setiausaha) 0199117163


xx


Update terkini: Penyertaan telah ditutup, 


Pertandingan Memasak peringkat KRT Pak Mahat untuk kaum ibu dan Jiran Wanita


Kumpulan 1

1. Makcik maimon

2.Kakdah pokbee

3.Mokteh Mpk


Kumpulan 2

1.Kaknoni

2.Kakyah hj Alim

3.Byna


Kumpulan 3

1.Kak ani fendi

2.Moklong Ani

3.Kak ha


Kumpulan 4

1.Zaiton

2.Ema

3.Tiqah


Tema: Pulut Kuning Semangat Merdeka

Tarikh: 9 sept 2025 (Maulidul Rasul)

Lokasi: Surau RTK

Masa: Selepas Isyak


Ps: Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Encik Osmadi (bendahari) di talian yang tertera. +60 17 985 5911

Saturday, September 6, 2025

Contoh surat Jemputan

 


Rujukan Kami: KRTRTK: 090925


KELAB RUKUN TETANGGA KAMPUNG PAK MAHAT,
PINGGIRAN PUTRA
26060 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Tarikh: 06/09/2025

PUAN MASS DARLINA BINTI KASSIM
Penolong Pegawai Perpaduan Kanan
Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuantan
Kompleks Perpaduan Daerah Kuantan
Lorong Permatang Badak Baru 7
RRM Permatang Badak,
25150 Kuantan, Pahang


Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI JURI – PERTANDINGAN MEMASAK PULUT KUNING SEMANGAT KEBANGSAAN 2025



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa KRT Kampung Pak Mahat dengan kerjasama Surau Al-Muttaqin dan kejiranan Pinggiran Putra akan menganjurkan Pertandingan Memasak Pulut Kuning Semangat Kebangsaan sebagai salah satu usaha memupuk semangat perpaduan, kekeluargaan dan kebersamaan masyarakat setempat.

3. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur dengan penuh takzim ingin menjemput Tuan/Puan untuk hadir sebagai Juri bagi pertandingan tersebut. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : Selasa, 9 September 2025 (bersamaan Maulidul Rasul)
Masa   : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Al-Muttaqin, Kampung Pak Mahat, Kuantan

4. Semoga dengan kehadiran Puan sebagai juri dapat menyemarakkan lagi semangat kebersamaan, serta memberi inspirasi kepada semua peserta pertandingan.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,
 (Ts MUHAMMAD HAMKA BIN EMBONG)
Setiausaha
KRT Kampung Pak Mahat
Pinggiran Putra
Kempadang, Kuantan

Logo Baru KRT

 

"Di tengah logo itu terpapar lima figura manusia berganding bahu, melambangkan kepelbagaian kaum di Malaysia yang hidup dalam suasana muafakat. Figura ini dibentuk daripada garisan putih yang bersambung, melambangkan jiwa murni, ketelusan, saling mempercayai serta kesatuan dalam kepelbagaian.

"Warna merah pula menggambarkan semangat jati diri yang tidak pernah luntur, mencerminkan semangat rakyat Malaysia dalam mempertahankan keamanan dan keharmonian negara,"

Raya

 ðŸ“¢ HEBAHAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Surau Al-Mutaqqin Pak Mahat dengan sukacitanya menjemp...