Saturday, September 6, 2025

Contoh surat Jemputan

 


Rujukan Kami: KRTRTK: 090925


KELAB RUKUN TETANGGA KAMPUNG PAK MAHAT,
PINGGIRAN PUTRA
26060 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

Tarikh: 06/09/2025

PUAN MASS DARLINA BINTI KASSIM
Penolong Pegawai Perpaduan Kanan
Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuantan
Kompleks Perpaduan Daerah Kuantan
Lorong Permatang Badak Baru 7
RRM Permatang Badak,
25150 Kuantan, Pahang


Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI JURI – PERTANDINGAN MEMASAK PULUT KUNING SEMANGAT KEBANGSAAN 2025



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa KRT Kampung Pak Mahat dengan kerjasama Surau Al-Muttaqin dan kejiranan Pinggiran Putra akan menganjurkan Pertandingan Memasak Pulut Kuning Semangat Kebangsaan sebagai salah satu usaha memupuk semangat perpaduan, kekeluargaan dan kebersamaan masyarakat setempat.

3. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur dengan penuh takzim ingin menjemput Tuan/Puan untuk hadir sebagai Juri bagi pertandingan tersebut. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : Selasa, 9 September 2025 (bersamaan Maulidul Rasul)
Masa   : Selepas Solat Isyak
Tempat : Surau Al-Muttaqin, Kampung Pak Mahat, Kuantan

4. Semoga dengan kehadiran Puan sebagai juri dapat menyemarakkan lagi semangat kebersamaan, serta memberi inspirasi kepada semua peserta pertandingan.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,
 (Ts MUHAMMAD HAMKA BIN EMBONG)
Setiausaha
KRT Kampung Pak Mahat
Pinggiran Putra
Kempadang, Kuantan

Logo Baru KRT

 

"Di tengah logo itu terpapar lima figura manusia berganding bahu, melambangkan kepelbagaian kaum di Malaysia yang hidup dalam suasana muafakat. Figura ini dibentuk daripada garisan putih yang bersambung, melambangkan jiwa murni, ketelusan, saling mempercayai serta kesatuan dalam kepelbagaian.

"Warna merah pula menggambarkan semangat jati diri yang tidak pernah luntur, mencerminkan semangat rakyat Malaysia dalam mempertahankan keamanan dan keharmonian negara,"

Raya

 ðŸ“¢ HEBAHAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI 🌙 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Surau Al-Mutaqqin Pak Mahat dengan sukacitanya menjemp...